
Skim Pelaburan MBI atau lebih dikenali sebagai skim Ponzi, baru-baru ini telah ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Ops Pelaburan Northern Star. Skim ini melibatkan RM3.17 bilion aset yang telah disita.
Berikut jumlah aset yang disita dalam operasi OP Northern Star berkaitan dengan skim pelaburan MBI:
Jumlah Aset yang Disita:
- Jumlah Keseluruhan Rampasan dan Pembekuan Aset:
RM3,174,769,204.74 (atau RM3.17 bilion)
Aset yang Disita Termasuk:
- Akaun Bank dan Akaun Saham- RM1,160,166,195.74
- Hartanah (35 unit)- RM2,005,900,000.00 (RM2.005 bilion)
- Kenderaan Mewah (10 buah)
- Jam Tangan Mewah (12 unit)
- Barang Kemasan (2 unit)
- Telefon Bimbit (6 unit)
- Komputer Riba (2 unit)
- Beg Tangan Mewah (4 buah)
- Dokumen Penting
Empat individu yang bergelar Datuk dan dua Tan Sri iaitu;
- Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon – Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad
- Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen -Pengerusi & Pengarah di ECK Development Sdn. Bhd.

Ops Pelaburan Northern Star (Op Northern Star) sangat berkaitan dengan skim pelaburan penipuan jenis Ponzi yang dikenali sebagai Pelaburan MBI tmelibatkan Tedy Teow `ahli perniagaan scammer Malaysia’ terkenal.


Siapa tidak kenal Tedy Teow yang diburu ditahan di Thailand pada 22 julai 2022 atas dakwaan pengubahan wang haram. Dikehendaki pihak berkuasa Malaysia dan China
Penipuan pelaburan Francais Island Red Cafe dari 2008 hingga 2010 dihidu dan Skim piramid MBI International Sdn Bhd dengan 91 akaun dengan RM177 juta dibekukan akhirnya pada tahun 2017, Teow dan MBI runtuh.

Teow kemudiannya menghadapi dua pertuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran yang tidak diiktiraf. Pada 2018, dia didenda RM2.5 juta dan RM3 juta oleh Bank Negara kerana penyelewengan kewangan.
Akibat penipuan itu, ratusan warga China membuat bantahan di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur dan ibu pejabat MBI meminta bantuan untuk mendapatkan semula berjuta-juta yang telah mereka curahkan sebagai pelaburan ke dalam MBI International.

Berdasarkan laporan dikeluarkan South China Morning Post, Tedy dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.
Polis percaya Tedy bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan di Macau yang menipu orang ramai untuk melabur wang mereka dalam syarikat yang tidak wujud. Menurut polis, pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand selain melabur dalam mata wang kripto.
Oleh itu tangkapan Tedy Teow di Thailand mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia dan China untuk mengektradisi Tedy ke negara masing-masing.
3 Januari 2021, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay Ketua Polis Johor menerus Ops Pelican 2.0 mengumumkan polis mengesan tiga perancang utama penipuan Macau Scam menerusi pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang melibatkan syarikat Teow Wooi Huat (Teddy Teow).

TEDY TEOW DIEKSTRADISI KE CHINA
Tedy Teow Wooi Huat telah diekstradisi dari Thailand ke China pada 20 Ogos 2024. China mengeluarkan notis merah melalui Interpol pada November 2020, menuduh Teow menipu kira-kira dua juta orang, termasuk ramai warga China, dengan menjalankan skim piramid dan urus niaga pemasaran pelbagai peringkat.
Ekstradisi ini merupakan yang pertama kali dilakukan di bawah perjanjian ekstradisi antara Thailand dan China yang berkuat kuasa sejak 1999. Teow dijangka menghadapi undang-undang jenayah ekonomi yang ketat di China, termasuk pertuduhan pengubahan wang haram dan penipuan berskala besar.
Penangkapan Tedy Teow ke China telah membuka lagi misteri dengan operasi OP Northern Star melibatkan Datuk dan Tan-tan Sri syarikat senarai awam terkenal.

Jelas seperti gambar di atas dua Tan Sri yang terlibat ialah Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon – Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad dan Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen –Pengerusi & Pengarah di ECK Development Sdn. Bhd.
Kisah mengenai Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon telah diperincikan sebelum ini dalam The Corporate Secret;
Ini sejajar dengan kenyataan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon yang baru pulang dari Osaka, Jepun pada 29 Mac lalu ditahan polis kerana mendakwa mampu menyelesaikan kes jenayah pengubahan wang haram berkait skim pelaburan ponzi di negara jiran dinamakan pelaburan MBI International Group (MBI) dengan bayaran RM25 juta.
Kes itu terbongkar selepas beberapa tangkapan awal dilakukan menerusi Operasi Northern Star (Op Northern Star) antara 21 Mac hingga 5 April lalu.
“Apabila kita menahan semua suspek berkenaan, mereka terkejut dan mempersoalkan alasan penahanan dan mendakwa sudah membayar sejumlah wang bagi menutup kes berkenaan.
“Kita mengarahkan mereka membuat laporan polis dan mendapati individu bergelar Tan Sri berkenaan mendakwa boleh menyelesaikan kes dan meminta bayaran RM25 juta,” katanya kepada media.

Muhammed Hasbullah berkata, hasil siasatan mendapati, suspek menerima bayaran RM10 juta dan wang itu dapat dirampas semula.
Bagaimana Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen, Pengerusi & Pengarah di ECK Development Sdn. Bhd terlibat?
The Corporate Secret sebelum ini telah mendedahkan mengenai siapa Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen. Beliau merupakan ahli perniagaan kesayangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi dalam Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Bagaimanapun Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tertangguh kerana kekurangan dana membiayainya dengan kos pembinaannya RM5 hingga 7 bilion. Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen, ECK Development Sdn. Bhd gagal menyebabkan Menteri Besar Kedah mengumumkan Syarikat ECK Group (ECK) tidak lagi terlibat dalam projek membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
MB Kedah Sanusi mengumumkan menubuhkan pula syarikat SPV dinamakan sebagai Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd sebagai pemaju baharu projek tersebut bagi menggantikan SPV lama. Kedah Aerotropolis Holdings menjadi pemaju baharu projek tersebut bagi menggantikan SPV lama.
Pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi menamatkan ECK Development Sdn bhd milik Taikun ‘Scammer Tedy Teow’ Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen hanyalah sekadar wayang kerana SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd pemegang sahamnya masih ECK Development Sdn Bhd (80%) dan KXP Airportcity Holdings Sdn bhd (20%). Pengarahnya pula Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen bekas rakan ‘Scammers Tedy Teow’.
Mengapa? kerana Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen dan anaknya merupakan rakan niaga kepada Tedy Teow. ECK Development Sdn Bhd sebenarnya menggunakan dana haram Tedy Teow


APAKAH DATUK EDDIE ONG CHOO MENG HEXTAR GROUP TERLIBAT?

Menurut sumber seorang lagi dalang yang menyimpan dan mengurus dana Tedy Teow ialah Datuk Eddie Ong Choo Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) dan Pengarah Eksekutif (Executive Director) di Hextar Technologies Solutions Berhad. Beliau juga dikenali sebagai seorang ‘dealmaker’ yang agresif, dengan penglibatan dalam pelbagai syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia. Dari mana wang beliau dapat?
Datuk Eddie Ong Choo Meng kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) dan Pengarah Eksekutif (Executive Director) di Hextar Technologies Solutions Berhad. Beliau dilantik ke jawatan tersebut pada Januari 2023, selepas melepaskan jawatan eksekutif di beberapa syarikat utama dalam kumpulan Hextar, termasuk Hextar Global Bhd, Hextar Industries Bhd, dan Hextar Healthcare Bhd.
Antara syarikat yang dikawal atau dimiliki olehnya termasuk:
- Opcom Holdings Bhd (Dulu milik Mukhriz)
- Classic Scenic Bhd
- KIP Real Estate Investment Trust (REIT)
- Pekat Group Bhd
- SWS Capital Bhd
- Perak Transit Bhd
Selain mempunyai pegangan minoriti dalam lebih 30 syarikat tersenarai awam lain .
Siapa lagi kena selepas ini?