
Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, hari ini.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2025 di Johor Bahru, malam ini.
Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan kedua tertinggi kepimpinan parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi.
Untuk rekod, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi, pernah tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 2018.
Bagaimanapun, Rafizi muncul pemenang jawatan itu pada pemilihan 2022 selepas mengalahkan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kempen kali ini Rafizi memilih melondehkan musuh-musuh politiknya dalam pemilihan dengan mendedahkan kelemahan parti. Namun semua ini tidak menjejaskan Nurul Izzah malah mengatasi undi lebih banyak meninggalkan Rafiziz.
Perwakilan PKR memilih DAMAI daripada HIRUK!. Kemenangan Izzah bagus untuk ekonomi negara selepas menewaskan Menteri Ekonomi?