
Hanya kerana seorang CEO yang kurup sejak zaman 3 PM, Muhyiddin, Ismail Sabri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Petronas syarikat negara hampir meiingkup dikerjakannya. Apa dia tahu? Ambil rasuah dari syarikat antarabangsa seperti Petrofac, jual aset syarikat yang menguntungkan bergaduh dengan Petronas dan buang pekerja! Sekalipun disiasat SPRM 2023 dia masih kebal hingga kini!
Sejak pelantikan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, pelbagai isu dalaman dan luaran telah menghantui syarikat minyak nasional itu, menimbulkan persoalan tentang integriti kepimpinan dan hala tuju korporat syarikat.
Pada Mei 2023, The Corporate Secret telah mendedahkan dakwaan serius melibatkan Tengku Muhammad Taufik dalam skandal rasuah berkaitan projek RM399 juta yang dianugerahkan kepada Petrofac melalui kaedah rundingan terus. Dakwaan itu menyebut pengaruh “orang dalam” dan pemberian kontrak tanpa proses perolehan telus — menyebabkan gesaan awam dan reaksi segera daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BACA ARTIKEL
SPRM kemudiannya mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut, sekali gus memberi tekanan kepada pengurusan tertinggi Petronas.

Lebih memalukan, syarikat yang dilantik iaitu Petrofac telah sebelum itu disiasat dan didapati bersalah oleh Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom atas pelbagai kesalahan rasuah dalam projek minyak antarabangsa. Pelantikan sebuah syarikat yang sudah tercemar dengan sabitan jenayah sebagai rakan kontrak utama oleh Petronas mencetuskan persoalan serius mengenai proses tapisan, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pemberian kontrak. Ia turut menjejaskan kredibiliti Petronas di mata industri global.

Bagaimana Tengku Taufik boleh melantik Petrofac walaupun terbukti syarikat terlibat salahlaku rasuah?
PMX sendiri mengarahkan siasatan dibuat terhadap Petronas. Namun begitu, walaupun tercemar dengan kontroversi tersebut, Tengku Taufik terus disambung kontraknya. Menurut sumber sokongan kuat daripada Tengku Zafrul Abdul Aziz – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri selain faktor kabel ‘istana’ mengekalnya. Prestasinya terus buruk dan tiada siapa boleh menyingkirnya.
Sejak itu, beberapa siri kegagalan dan keputusan tidak popular berlaku di bawah pentadbiran Tengku Taufik:
PERTAMA- Isu Petros-Petronas di Sarawak: Tuntutan hak pengeluaran dan kawal selia minyak oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) tidak diselesaikan secara strategik. Ketegangan antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas semakin meruncing, mencerminkan kegagalan dalam diplomasi korporat. Beliau memilih jalan seakan-akan menentang kerajaan Sarawak termasuk ugutan terhadap bekas pegawai Petronas yang membocorkan maklumat kewangan Petronas. PMX sendiri terpaksa campur tangan menyelesaikan isu Petronas dan Petros.

KEDUA- Pelupusan Aset Penting: Petronas menjual beberapa aset strategik termasuk loji dan kepentingan dalam syarikat asing sebagai langkah menjana tunai. Langkah ini dikritik kerana menunjukkan kekangan kewangan jangka panjang dan strategi pelaburan yang lemah. Sejak beliau menjadi CEO Petronas bermula 2020 kerjanya hanya menjual aset Petronas dari menambahkan aset.
Tengku Taufik merupakan CEO Petronas pertama yang terus memegang jawatan melintasi tiga pentadbiran PM berbeza. Tan Sri Muhyiddin (Mac 2020 – Ogos 2021), Dato’ Sri Ismail Sabri (Ogos 2021 – November 2022) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Sejak November 2022 – kini).


Terkini, terdapat laporan bahawa Petronas sedang mempertimbangkan untuk menjual aset gas asli cecair (LNG) di Kanada, termasuk kepentingan dalam projek LNG Canada, sekali gus mencetuskan persoalan tentang strategi jangka panjang syarikat di pasaran tenaga global. Tengku Taufik tampil menafikannya namun dalam kebiasaan sesuatu yang dinafikan biasanya akan menjadi realiti
Jualan Aset Kanada: Petronas Lepas Peluang Strategik Bernilai RM831 Bilion?
Progress Energy Canada Ltd dibeli semasa era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 — Nilai Progress Energy Canada Ltd ketika itu USD5.3 bilion (sekitar RM16 bilion). Ia menjadikan Malaysia antara pelabur asing terbesar di Kanada dan memberi Petronas penguasaan terhadap lebih 800,000 ekar tanah pengeluaran gas di North Montney Basin, British Columbia. Lebih penting, Petronas memperoleh akses kepada rizab dan sumber gas sebanyak 53 trilion kaki padu (Tcf) — antara yang terbesar di dunia.
Dengan kekuatan ini, Petronas turut diterima sebagai rakan kongsi dalam projek mega LNG Canada, iaitu terminal eksport gas asli cecair terbesar di Kanada, bersama nama besar seperti Shell, PetroChina, Mitsubishi dan Korea Gas.
Berdasarkan harga gas semasa sekitar USD3.70/MMBtu (setakat 3 Jun 2025), nilai kasar rizab 53 Tcf yang dimiliki Petronas adalah seperti berikut:
53 Tcf × 1 bilion MMBtu × USD3.70 = USD196.1 bilion
Ditukar ke Ringgit (pada kadar RM4.24/USD): ≈ RM831 bilion
Mengapa jual untuk jangka pendek? Nilainya sekarang mungkin sekitar USD6–7 bilion (±RM30 bilion) nampak memberi keuntungan kepada Petronas tetapi — kelihatan memberi keuntungan atas kertas berbanding harga asal pembelian, ia tetap dianggap kerugian kepentingan strategik kerana pengaruh dan kedudukan Petronas sebagai pemain LNG global akan terjejas. Petronas akan hilang akses kepada rizab LNG global ketika rizab gas domestik Malaysia sendiri semakin susut.
Entah apa dalam kepada Tengku Taufik dia sepatutnya menasihatkan kerajaan tetapi dia semakin hanyut.
KETIGA- Pemberhentian Pekerja dan Penstrukturan Semula: Terdapat laporan pemberhentian beramai-ramai (VSS/MSS) dan pelaksanaan penstrukturan semula yang menjejaskan ribuan pekerja – menggugat moral dan imej dalaman syarikat. Pada 5 Jun 2025, media melaporkan bahawa Petronas akan melaksanakan pengurangan kakitangan sehingga 10 peratus melibatkan lebih daripada 5,000 pekerja, menjadikan ia antara langkah pengurangan terbesar dalam sejarah syarikat tersebut. Ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan tentang ketidakcekapan pengurusan dan hala tuju sumber manusia di bawah kepimpinan semasa.
5000 orang pekerja dibuang pasti memberi persepsi kegagalan Tengku Taufik mengurus Petronas.

KEEMPAT – Keuntungan menurun tetapi bayar dividen tinggi kepada kerajaan
Dividen Tidak Seimbang Dengan Prestasi: Dividen yang diumumkan oleh Petronas untuk tahun 2025 kekal pada RM32 bilion, walaupun keuntungan syarikat menjunam 32% pada tahun 2024. Sebelum ini, apabila keuntungan Petronas jatuh 21% pada tahun 2023, dividen dikurangkan dari RM40 bilion ke RM32 bilion – satu langkah yang logik dan mencerminkan hubungan langsung antara prestasi dan sumbangan kepada kerajaan.

Namun bagi 2025, walaupun unjuran harga minyak lebih rendah dan prestasi kewangan menyusut, mengapa CEO tidak menasihati kerajaan mengurangkan jumlah dividen. Ini menimbulkan kejutan dalam kalangan penganalisis kerana secara kewangan, dividen sewajarnya diturunkan sekitar 32% – menjadikannya lebih wajar pada kadar RM22 bilion. Maka mulalah alasa CEO Petronas nak buang pekerja
KELIMA- Imej Petronas Di Peringkat Global: Kedudukan Petronas dalam senarai Fortune Global 500 semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini — satu indikator jelas bahawa syarikat minyak negara tidak lagi berada dalam liga teratas korporat dunia. Lebih membimbangkan, penilaian ESG (environmental, social, governance) Petronas turut mencatat kemerosotan, sekali gus menjejaskan reputasi dan keupayaan syarikat untuk menarik pelaburan asing yang kini semakin dipengaruhi oleh faktor kelestarian dan tadbir urus korporat.
Penurunan ini secara langsung mencerminkan persepsi pelabur global terhadap keberkesanan kepimpinan sedia ada, khususnya di bawah teraju CEO Tengku Taufik. Dalam dunia korporat hari ini, imej dan penilaian ESG bukan sekadar angka — ia menentukan sama ada syarikat kekal relevan di mata pasaran antarabangsa atau menjadi risiko pelaburan.
Punca Petronas melemah kerana Tengku Taufik
Semua masalah Petronas sekarang adalah kerana Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas. Beliau tak kisah pencapaian Petronas asalkan dia kekal sebagai CEO kerana ‘kabel’ kerabat. Disiasat SPRM kerana rasuah Petrofac tetapi diselamatkan walaupun berlaku pelanggaran SOP kontrak kepada syarikat yang disiasat pihak berkuasa United Kingdom, Serious Froud Office (SFO).
Kini wujud gesaan dalam kalangan pemerhati industri dan warga korporat agar kerajaan menilai semula kedudukan Tengku Muhammad Taufik. Ada yang menyifatkan bahawa akar masalah Petronas bukan sekadar terletak pada CEO, tetapi juga pada pengaruh politik seperti Tengku Zafrul yang melindungi kerabatnya.
Ramai berpendapat bahawa hanya dengan penyingkiran Tengku Taufik, Petronas dapat dipulihkan, dikembalikan kepada landasan profesionalisme, integriti, dan keberhasilan jangka panjang. Selagi Tengku Taufik ada jangankan 5000 orang mungkin akan lebih ramai lagi kerana kegagalan mengurus Petronas. PMX tidak perlu menyokong CEO seperti ini yang jelas menjejaskan Kerajaan Madani.
Percayalah buang Tengku Taufik CEO, masalah Petronas selesai!