
29 April lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan empat individu ahli lembaga pengarah Maju Holdings syarikat yang dikuasai Tan Sri Abu Sahid Mohamed atau Tan Sri Abu Juling termasuk seorang lelaki bergelar “Datuk Seri”, atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM360 juta yang melibatkan projek pembinaan Lebuhraya MEX II yang terbengkalai sehingga kini

Menurut sumber, kesemua suspek—tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 48-an hingga 70-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya antara jam 4 hingga 6 petang
Semakan menunjukkan mereka adalah lembaga pengarah Maju Holdings Sdn Bhd. Profil Maju Holdings seperti berikut:



Maju Holdings merupakan syarikat keluarga Tan Sri Abu Juling yang pengarahnya adalah isterinya Puan Sri Noor Azrina dan anaknya Mohd Faiq Tan Sri Abu Sahid.
Semua pengarah Maju Holdings direman 4 hari. Turut disiasat ialah Dato’ Yap Wee Leong bekas pengarah Maju Holdings
Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dipercayai dilakukan sekitar tahun 2016 hingga 2017, melibatkan tuntutan menggunakan dana sukuk bagi sebuah projek pembinaan lebuh raya MEX II di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.3 bilion.
Projek MEX II dibawah MEX II Sdn Bhd anak syarikat Maju Holdings Sdn Bhd mempunyai program sukuk murabahah berjumlah RM1.3 bilion dan skim bon junior bernilai RM150 juta. Pada tahun 2021 Abu Juling dan Maju Holdings mengumumkan menangguhkan pembayaran prinsipal dan keuntungan sukuk atau bon Islamiknya (MEX 2). Tergendalanya MEX 2 menunjukkan Maju Holdings berhadapan masalah kewangan yang teruk.
Semua kes ini telah didedahkan dalam The Corporate Secret januari lalu apabila SPRM menyerbu pejabat Maju Holdings Sdn Bhd
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun dilaporkan Tan Sri Abu Juling dilepaskan atas alasan sakit berbanding pengarah syarikat yang lain direman SPRM
