
Selepas Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon, Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad dan Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen, Pengerusi ECK Development Sdn. Bhd di reman polis kini seorang lagi “Tan Sri” terkenal Pulau Pinang ditahan dalam siasatan berterusan terhadap skim pengubahan wang haram Mobility Beyond Imagination (MBI).
Ahli perniagaan itu ialah Tan Sri Datuk Alex Ooi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Ideal Property Group.
Pada Isnin, polis menahan Tan Sri Datuk Alex Ooi berusia 62 tahun di kediamannya di George Town. Semasa serbuan, pihak berkuasa turut merampas sebuah kereta mewah Rolls-Royce Ghost berwarna putih dan sebuah Ford Ranger Raptor.
Tan Sri Datuk Alex Ooi individu yang sama pernah ditahan untuk soal siasat bulan lalu tetapi dibebaskan pada hari yang sama.
11 April lalu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan menumpaskan Skim Pelaburan MBI atau Ops Pelaburan Northern Star dengan pembekuan aset RM3,174,769,204.74 (atau RM3.17 bilion), melibatkan akaun bank dan saham ( RM1,16b), Hartanah 35 unit (RM2.005 bilion), kenderaan Mewah (10 buah), jam tangan mewah (12 unit), barang kemas, telefon bimbit, laptop, beg tangan mewah dan dokumen lain.

Menurut Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, ‘Tan Sri’ pertama Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon ditahan kerana memperdaya suspek suspek supaya membayar sejumlah wang untuk mengelak ditangkap.


“Perjanjian asal adalah untuk RM25 juta dan suspek telah membayar deposit sebanyak RM10 juta,” katanya, sambil menambah bahawa suspek kemudian membuat laporan polis selepas ditahan.
“Kita menahan ‘Tan Sri’ ini dan wang yang dibayar telah berjaya dirampas semula.”
‘Tan Sri’ kedua pula Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen, Pengerusi ECK Development Sdn. Bhd merupakan rakan niaga secara langsung pengasas MBI Tedy Teow. Dilaporkan ECK Development merupakan syarikat kroni MB Kedah Sanusi. Sehingga ke hari ini ECK Development masih pemegang saham dalam Kedah Aerotropolis Holdings Sdn Bhd pemaju Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

ECK Development dikuasai Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen sebelum ini kecoh terlibat dengan Macau Scam pembelian hartanah lebih RM300 juta di Pulau Pinang.
ARTIKEL BERKAITAN
Siasatan terhadap kes MBI ini telah dijalankan selama lebih tujuh tahun. Berdasarkan Notis Merah Interpol, terdapat sekitar 11 juta mangsa dari negara jiran.
Pada Ogos tahun lalu, pengasas MBI Tedy Teow telah dihantar pulang dari Thailand ke China bagi membantu siasatan kerajaan China berhubung peranannya dalam skim piramid tersebut.
Dilaporkan bahawa sekitar dua juta rakyat China telah menjadi mangsa penipuan Tedy Teow yang melibatkan sejumlah 500 bilion yuan (kira-kira RM300 bilion).
Ketika berada di kemuncaknya, MBI dikatakan telah mengumpul berbilion ringgit daripada para pelabur. Namun, apabila skim piramid tersebut runtuh pada tahun 2018 selepas serbuan oleh Bank Negara, para pelabur hampir tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan semula wang mereka.
SIAPA TAN SRI DATUK ALEX OOI?

Berikut merupakan Profil Tan Sri Datuk Alex Ooi
Jawatan: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Ideal Property Grop
Tahun Penubuhan Syarikat: 2001
Gelaran: ‘Raja Kondominium Pulau Pinang’
Pencapaian Utama besar Tan Sri Datuk Alex Ooi ialah sejak penubuhan Ideal Property Group pada tahun 2001, Tan Sri Alex Ooi telah memimpin pembangunan lebih daripada 25,000 unit kediaman dan komersial, terutamanya di kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Antara projek terkemuka ialah Queens Waterfront, One Imperial, Fiera Vista, I-Santorini, dan Ideal Vision Pak.

Tan Sri Datuk Alex Oii sentiasa panas dengan kontroversi. Pada tahun 2021, beliau terlibat membayar rasuah RM16 juta kepada Datuk Ir. Mansor Musa Pengerusi Lembaga Pengarah koperasi Koperasi Tunas Muda Sg. Ara Berhad sebuah koperasi hartanah di Pulau Pinang.
Dalam kes pendedahan dokumen rasuah SPRM Lim Guan Eng itu yang menyebabkan Jeffrey Chew bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang ditahan SPRM begitu juga Lim Guan Eng kini didakwa di mahkamah

PROJEK LRT PULAU PINANG
Selain hartanah Tan Sri Datuk Alex Ooi rakan niaga Gamuda fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang melalui penglibatan syarikatnya dalam SRS Consortium Sdn Bhd. SRS Consortium telah dilantik sebagai kontraktor utama untuk pakej kerja awalan projek LRT Mutiara Line, yang merangkumi laluan sepanjang 24km dari Komtar ke Pulau Silicon, dengan nilai kontrak melebihi RM8 bilion.
Ideal Property Development Sdn Bhd, anak syarikat Ideal Property Group, memiliki 20% saham dalam SRS Consortium. Pemilihan SRS Consortium sebagai rakan pelaksana projek ini dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Kerajaan persekutuan mengambil alih projek ini pada tahun 2024, mereka mengekalkan SRS Consortium sebagai kontraktor utama secara rundingan terus untuk mengelakkan isu undang-undang yang mungkin timbul akibat pembatalan kontrak sedia ada.
Profil SRS Consortium Sdn Bhd
Nama Syarikat: SRS Consortium Sdn Bhd
Ditubuhkan: 2015
Peranan: Kontraktor utama untuk kerja-kerja awalan Projek LRT Mutiara Line Pulau Pinang
Struktur Pemilikan
SRS Consortium dimiliki oleh tiga entiti utama:
- Gamuda Berhad: 60%
- Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd: 20%
- Ideal Property Development Sdn Bhd: 20%
Gamuda Berhad sebagai peneraju dalam projek ini, manakala Loh Phoy Yen Holdings dan Ideal Property Development menyumbang kepakaran tempatan dalam pembangunan hartanah dan infrastruktur

Penangkapan Tan Sri Datuk Alex Ooi terlibat dalam SKIM Ponzi MBI bukanlah sesuatu yang menghairankan kena beliau memang seorang kontroversi dengan dakwaan kes rasuah sebelum ini di Pulau Pinang.