Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan kebenaran rayuan oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. dalam pertikaian paten dengan Kingtime International Ltd telah mengakhiri satu lagi episod penting dalam litigasi yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu. Dengan keputusan itu, penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Kingtime terus kekal berkuat kuasa.
Kes tersebut berpunca daripada penggunaan teknologi Mobile Offshore Production Unit (MOPU) bagi Projek Sepat yang direka bentuk dan dibina oleh Petrofac E&C Sdn. Bhd. Mahkamah sebelum ini telah memutuskan bahawa Petrofac telah melanggar dua paten milik Kingtime, manakala Mahkamah Rayuan kemudian memutuskan bahawa Petronas Carigali, sebagai pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan projek tersebut, turut terikat dengan dapatan terdahulu terhadap Petrofac.
Perkembangan ini sekali lagi menghidupkan persoalan yang sebelum ini dibangkitkan dalam beberapa siri pendedahan oleh The Corporate Secret, khususnya mengenai pengurusan risiko kontrak, pelaksanaan klausa indemniti serta proses membuat keputusan dalam projek berprofil tinggi.
Lebih menarik perhatian ialah hakikat bahawa Petrofac merupakan sebuah syarikat yang pada tahun 2021 mengaku bersalah di United Kingdom atas beberapa pertuduhan gagal menghalang amalan rasuah di bawah UK Bribery Act, berkaitan kontrak di Timur Tengah. Pada tahun yang sama, Petrofac turut memperoleh kontrak EPCC Bintulu Additional Gas Sales Facilities 2 (BAGSF-2) daripada Petronas Carigali yang dilaporkan bernilai kira-kira RM399 juta. Fakta-fakta ini menimbulkan persoalan mengenai bagaimana proses penilaian vendor dan pengurusan risiko dilaksanakan dalam keadaan syarikat tersebut mempunyai rekod penguatkuasaan di luar negara.
PETRONAS mempunyai dasar integriti dan anti-rasuah yang ketat, termasuk prinsip toleransi sifar terhadap rasuah, proses due diligence terhadap pihak ketiga serta penilaian risiko ke atas kontraktor dan pembekal. Namun begitu, dokumen awam yang tersedia tidak menunjukkan bahawa sabitan rasuah di luar negara secara automatik menyebabkan sesebuah syarikat disenaraihitam daripada menyertai atau menerima kontrak PETRONAS. Justeru, persoalan yang timbul bukan semata-mata mengenai pemberian kontrak, tetapi bagaimana dasar integriti tersebut diaplikasikan dalam sesuatu kes.
Apakah PETROFAC terkecuali dari SOP Petronas? Mengapa PETROFAC terlalu Istimewa di mata Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Presiden CEO & Petronas?
Pada Mei 2023 – SPRM Sahkan buka kerta siasatan kes rasuah Petronas
SPRM mengesahkan telah menerima aduan rasmi dan membuka kertas siasatan. Namun lebih mengejutkan, siasatan SPRM mendedahkan kelemahan proses tender PETRONAS. Namun Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak begitu berminat meneruskan kes itu mungkin terdapat arahan pihak atasan menyelamatkan Tengku Taufik.
Menurut sumber sebenarnya terdapat Charge Sheet untuk mendakwa Tengku Taufik penglibatannya dalam kes rasuah bersama PETROFAC atau skandal ‘Big Ben’. Beberapa saksi termasuk pegawai kanan SPRM dan peguam seperti Ragunath K melihat draf kertas pertuduhan itu.
Kekalahan Petronas terhadap KingTime membuktikan betapa berlakunya skandal rasuah Tengku Taufik – Petrofac yang menyebabkan kerajaan kalah menanggung kos lebih RM1 bilion ringgit.
SPRM digesa meneruskan ‘Charga Sheet’ terhadap Tan Sri Tengku Muhammad Taufik dan kerajaan sebaiknya menamatkan Tengku Taufik sebagai Presiden Petronas.
