Isu KidZania Singapore menunjukkan satu lagi kegagalan pelaburan Khazanah yang rugi ratusan juta menggunakan dana rakyat.
20 Jun lalu sekalipun pengendali taman tema berpangkalan di Singapura, Sim Leisure Group yang mengambil alih Kidzania Singapore menjelaskan Khazanah Nasional Bhd tidak terbabit dalam proses penjualan taman tema itu ia tetap tidak dapat menutup isu sebenar kegagalan pengurusan anak syarikat Khazanah Destination Resorts & Hotels Sdn Bhd. Pemiutang terbesarnya Khazanah jadi mana mungkin Khazanah tidak terlibat.

Kesimpulan TheCorporateSecret jelas, semua ini kerana kegagalan Stephanie Saw Ai Lin, Pengarah Urusan Kumpulan & CEO Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH).
Digelar ‘number lady’ dan bekas kesayangan Tan Sri Azman Mokhtar, Stephanie Saw Ai Lin lah pencatur dana Khazanah berbilion ringgit melalui Syarikat Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd dan anak syarikatnya.
[BACA ARTIKEL BERKAITAN-
Bagaimana Stephanie Saw Ai Lin mengurus DRH?
Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd bawah Stephanie Saw Ai Lin dan pasukannya mencatat kerugian yang besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, dengan jumlah kerugian selepas cukai sebanyak RM669.73 juta berbanding pendapatan hanya RM166.33 juta. Keadaan ini turut mengakibatkan retained earnings syarikat mencatat negatif sebanyak RM2.862 bilion, menunjukkan tekanan kewangan yang berlarutan dan menjejaskan kedudukan modal sendiri syarikat.
Kerugian ini turut menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan tadbir urus dan pengurusan DRH, memandangkan liabiliti semasa dan bukan semasa berjumlah RM2.689 bilion manakala jumlah aset hanya RM4.474 bilion. Pelabur utama syarikat, Khazanah Nasional Berhad, turut terjejas kerana pulangan pelaburan yang lemah, menekankan keperluan tindakan segera bagi memperkukuh strategi perniagaan dan pengurusan risiko syarikat.



Semuanya rugi termasuk LEGOLAND Malaysia Resort dan Desaru Coast serta beberapa hotelnya. Tidak hairan pada tahun 2019 DRH mahu menjual Legoland Malaysia dengan nilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta).
Hari ini PM Anwar mengumumkan Khazanah Nasional Bhd mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung dari dalam atau luar negara
Namun selagi anak syarikat Khazanah seperti Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd diuruskan Stephanie Saw khazanah tidak akan ke mana.
PROJEK DESARU – PROJEK KRONI MUHYIDDIN TAN SRI ESA & DATO’ CHOO KENG WENG
Sebagaimana pendedahan TheCorporateSecret sebelum ini Projek Desaru Coast melalui Desaru Development Sdn Bhd (DDC) dan Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) hanyalah menguntungkan dua kroni Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng serta CEO DRH Stefanie Saw.
BACA

Projek Desaru adalah projek pemberian dana pembangunan ‘Berbilion-Bilion Dolar’ wang rakyat kepada kroni Muhyiddin. Pemain utama Khazanah ialah Tan Sri Dato Azman Mokhtar (‘Azman), Ganen Sarvananthan (‘Ganen’- bekas Ketua Pegawai Pelaburan ) dan CEO DRH Stephanie Saw Ai Lin (‘Stephanie’).

Tiga individu ini bekerja keras untuk memastikan bahawa dana dari Khazanah disediakan untuk Desaru Development Sdn Bhd (DDC) menjalankan projek ini untuk manfaat Muhyiddin. Muhyiddin telah memberikan kelulusan meneruskan pemberian dana kepada Projek Desaru demi kroninya. Hotel, taman air, taman tema, dan dewan perhimpunan telah dibina di Desaru untuk menarik pelancong palsu.
Memahami Projek Desaru seperti berikut;


DESARU DEVELOPMENT SDN BHD (DDC)
Siapa ada dalam Desaru Development Sdn Bhd (DDC)? Nama asal DDC ialah Bagan Cerah Development Sdn Bhd. Selain Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) pemilik dan pemberi dana Khazanah ialah Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed (Kroni Muhyiddin) dan anaknya Nazim Mohamed Esa.
Pengarah lain dari DRH ialah Stephanie Saw Ai Lin CEO DRH, Karina Ridzuan dan beberapa yang lain. Modal berbayar RM20 juta dan pemegang sahamnya ialah Stulang Ventures Sdn Bhd dan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd.
DDC mencatatkan kerugian RM159 juta bagi tahun 2021.





SIAPA DALAM STULANG VENTURES SDN BHD?
Stulang Ventures Sdn Bhd merupakan pemegang terbesar dalam Desaru Development Corporation Sdn Bhd (DDC). Pemegang saham Stulang Ventures pula terdiri daripada Bagan Cerah Sdn Bhd dan Balau Hospitality Sdn Bhd.
Lembaga pengarah Stulang Ventures melibatkan nama-nama berikut: Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Esa, Stephanie Saw Ai Lin, dan Karina Ridzuan.
Dari segi kewangan, Stulang Ventures mencatatkan prestasi membimbangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Syarikat merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM72.95 juta, walaupun tidak mencatat sebarang hasil pendapatan (RM0.00) sepanjang tahun berkenaan. Keadaan ini menunjukkan syarikat masih menanggung kos operasi, kos kewangan, atau kerugian pelaburan yang besar tanpa disokong oleh aktiviti penjanaan pendapatan. Tambahan pula, retained earnings syarikat negatif sebanyak RM270.92 juta, mencerminkan kerugian terkumpul yang berlarutan sejak beberapa tahun terdahulu.
Walaupun Stulang Ventures memiliki jumlah aset bernilai kira-kira RM883.53 juta, kerugian berterusan tersebut menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan strategi pelaburan dan prestasi aset yang dimiliki. Lebih menarik, sebagai pemegang saham terbesar dalam DDC, Stulang Ventures turut terlibat dalam syarikat yang mencatat kerugian RM159.28 juta pada tahun yang sama. Prestasi kewangan Stulang Ventures dan struktur pengurusannya menjadikan penilaian terhadap keseluruhan pembangunan dan pelaburan projek Desaru Coast sangat relevan.



SIAPA PULA DALAM SUNGAI CERAH SDN BHD?
Jika diteliti struktur korporat projek Desaru Coast, beberapa aset utama seperti Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Desaru, One&Only Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Hard Rock Hotel Desaru Coast dikawal secara kolektif melalui Sungai Cerah Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan antara entiti penting dalam rangkaian pemilikan dan pelaburan yang berkaitan dengan pembangunan Desaru Coast.
Rekod korporat menunjukkan Tan Sri Dato’ Sri Hj Esa Mohamed merupakan pemegang saham utama Sungai Cerah Sdn Bhd dengan pegangan sekitar 85 peratus, manakala Dato’ Choo Keng Weng memiliki kira-kira 14 peratus dan baki 1 peratus dipegang oleh Norlina Binti Esa, anak kepada Tan Sri Esa. Struktur pemilikan yang hampir sama turut dapat dilihat dalam Bagan Cerah Holdings Sdn Bhd dan Bagan Cerah Sdn Bhd, di mana Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng juga muncul sebagai penama serta pemegang saham utama.

Dari sudut kewangan, Sungai Cerah Sdn Bhd mencatatkan prestasi yang membimbangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 apabila merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM116.46 juta, walaupun syarikat hanya menjana hasil sebanyak RM3.21 juta. Jurang yang besar antara pendapatan dan kerugian tersebut menunjukkan bahawa syarikat menanggung kos operasi, kos kewangan atau kerugian pelaburan yang jauh melebihi aktiviti penjanaan pendapatannya. Walaupun syarikat masih mempunyai keuntungan terkumpul (retained earnings) sebanyak RM265.61 juta, kerugian tahunan yang besar itu menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan strategi pelaburan dan pengurusan aset syarikat.
Pada masa yang sama, Sungai Cerah Sdn Bhd memiliki jumlah aset sekitar RM441.50 juta dengan liabiliti keseluruhan berjumlah RM46.64 juta, menunjukkan kedudukan aset syarikat masih kukuh. Namun begitu, kerugian melebihi RM116 juta dalam tempoh setahun tetap memberi kesan kepada pulangan pelaburan dan aliran kewangan syarikat. Memandangkan Sungai Cerah juga merupakan pemegang saham penting dalam Desaru Development Corporation Sdn Bhd (DDC), prestasi kewangannya mempunyai implikasi langsung terhadap rangkaian syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan aset-aset utama di Desaru Coast.




Bagan Cerah Holdings Sdn Bhd merupakan satu lagi syarikat pelaburan persendirian yang ditubuhkan pada 24 Januari 1995 berhubun rapat dengan pemilikan syarikat Sungai Cerah Sdn Bhd dan beberapa entiti pembangunan di Desaru Coast di bawah Tan Sri Esa Bin Mohamed anaknya Nazim Mohamed Bin Esa dan Pemegang saham utamanya ialah Dato’ Choo Keng Weng.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, Bagan Cerah Holdings Sdn Bhd mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM14.94 juta walaupun hasil syarikat adalah RM3.09 juta sahaja. Keadaan ini menunjukkan bahawa kos operasi, kos kewangan atau kerugian pelaburan syarikat jauh melebihi pendapatan yang diperoleh. Syarikat masih mengekalkan retained earnings positif RM238.9 juta, tetapi kerugian tahunan yang berterusan menimbulkan persoalan mengenai strategi pelaburan dan pengurusan aset. Jumlah aset syarikat berjumlah kira-kira RM248.09 juta manakala liabiliti keseluruhan hanya RM3.2 juta, menunjukkan bahawa walaupun kerugian berlaku, kedudukan aset syarikat masih kukuh.

SIAPA TAIKUN DATO’ CHOO KENG WENG?
Tidak ramai yang tahu siapa Dato’ Choo Keng Weng di belakang Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Esa. Dato’ Choo Keng Weng merupakan Pemegang saham terbesar dan Pengarah Urusan Sin Hen Chan (Malaya) Berhad bersama Tan Sri Dato’Sri Hj Esa dan anaknya Choo Kin Choong. Beliau juga pengarah dan pemegang saham mana-mana syarikat dalam entiti projek desaru.
Hubungan Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng tidak dapat dipisahkan termasuk di syarikat senarai awam bersama.
BACA



Sama ada DRH anak syarikat Khazanah, DDC, Sg Cerah, Bagan Cerah, Stulang Venture dan lain-lain terlibat melaksanakan projek Desaru mereka ada satu persamaan. Menerima berjuta dana Khazanah tetapi mengumumkan kerugian bukan sedikit sehingga ratusan juta!.
Saman terhadap Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd – – TARH) dan anak syarikatnya
Sekitar Ogos dan September 2022 Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) memohon cagaran RM35 juta untuk kos daripada empat syarikat berhubung prosiding timbang tara yang dikaitkan dengan pertikaian pembinaan.
Empat syarikat itu ialah Desaru Peace Holdings Club Sdn Bhd (RM8.8 juta); Desaru Corniche Hotel Sdn Bhd (RM9.1 juta); Desaru Estate Sdn Bhd (RM8.8 juta), dan Desaru Convention Centre Sdn Bhd (RM8.3 juta).
Dalam mendapatkan jaminan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, MRCB mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu “tidak solven” dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi sebarang kos atau perbelanjaan yang diberikan sekiranya MRCB berjaya dalam prosiding timbang tara terhadap keempat-empat.
Keselamatan untuk kos membenarkan defendan dalam prosiding undang-undang untuk menjamin kos mempertahankan saman yang dibawa oleh plaintif yang kalah.
Prosiding timbang tara membabitkan bayaran untuk pembinaan resort Desaru di Johor.
Semakan menunjukkan Syarikat Desaru Peace Holdings Club Sdn Bhd, Desaru Corniche Hotel Sdn Bhd, Desaru Convention Centre Sdn Bhd, dan Desaru Estate Sdn Bhd mencatatkan kerugian bagi tahun kewangan 2019 dan 2020 sebagaimana syarikat induknya.
MRCB mendakwa empat syarikat itu sangat bergantung kepada pembiayaan daripada pihak ketiga untuk menyokong operasi harian mereka.
“Hakikatnya bahawa defendan (empat syarikat) adalah anak syarikat Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (Kini DRH)- dikawal oleh Khazanah Nasional Bhd – tidak menjadikan kedudukan kewangannya tidak boleh dicela,” kata MRCB.
Empat syarikat itu membantah permohonan itu, mendakwa ia “jelas tidak mampan” dan dibuat dengan niat jahat.

Namun itulah hakikatnya sekarang Syarikat Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) dan anak syarikatnya yang dikawal Stephanie Saw Ai Lin, serta rakan sekutunya seperti Sungai Cerah Sdn Bhd milik Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng semuanya mencatatkan kerugian besar.
Apakah Projek Desaru akan datang terus mencatatkan kerugian? Pelaburan Khazanah rugi ratusan juta, dana Khazanah lebur pada syarikat yang salah. Mungkinkan Projek Desaru oleh DDC dan DRH tercatat satu lagi kegagalan Stephanie Saw seperti Kidzania Singapura dan Kuala Lumpur baru-baru ini. Apa akan dijual oleh Stephanie selepas ini?
