KUALA LUMPUR: Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa pelaburan dan pertikaian melibatkan institusi berkaitan kerajaan terus menjadi perhatian apabila membabitkan nilai ratusan juta hingga berbilion ringgit wang awam lebur.
Kes yang paling mendapat perhatian ialah pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet Sdn. Bhd. Kedua-dua institusi itu melaburkan keseluruhan RM47 juta pada tahun 2018, namun akhirnya melepaskan pegangan mereka kepada NXBT Partners Sdn. Bhd pada harga kira-kira RM3.1 juta, sekali gus merekodkan kerugian pelaburan sekitar RM43.9 juta.
Bulan ini pengasas FashionValet, Datuk Fadzarudin Shah Anuar dan isterinya, Datin Vivy Sofinas Yusof, yang juga pengarah syarikat, kini sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan berkaitan pecah amanah. Pendakwaan mendakwa sejumlah RM8 juta dipindahkan daripada akaun FashionValet Sdn. Bhd. kepada 30 Maple Sdn. Bhd. menerusi dua transaksi pada Ogos 2018. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan masih berlangsung.
Belum reda isu FashionValet, perhatian turut beralih kepada pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery. Berdasarkan maklumat yang didedahkan sebelum ini, pelaburan KWAP dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM200 juta susulan krisis yang melanda syarikat berkenaan, sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai pengurusan risiko dalam pelaburan dana institusi kerajaan. SPRM telah menubuhkan jawatankuasa menyiasat kes ini. Perdana Menteri sendiri mengakui KWAP telah diperdaya syarikat dari Indonesia.
Petronas bakal rugi lebih RM1 bilion
Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah pertikaian paten yang melibatkan Petronas, yang menurut pendedahan sebelum ini berpotensi menyebabkan liabiliti melebihi RM1 bilion susulan keputusan mahkamah berkaitan dua paten. Dakwaan tersebut menyatakan bahawa pertikaian berkenaan sepatutnya boleh diselesaikan lebih awal melalui rundingan pampasan pada tahun 2021 atau 2022.
Turut menjadi perhatian ialah penyiaran dua pucuk surat daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan Presiden Petrons menyelesaikan pertikaian tersebut. Berdasarkan dakwaan yang disiarkan, arahan itu didakwa tidak dilaksanakan kerana Tan Sri Dato’ Tengku Taufik terikat dengan Petrofac.







ARTIKEL BERKAITAN BOLEH DIBACA
Susulan itu, terdapat gesaan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan baru bagi menentukan sama ada wujud sebarang salah laku, kecuaian atau penyalahgunaan kuasa dalam pengendalian pertikaian tersebut. LHDN juga digesa menyiasat aliran wang Petrofac jika terdapat perkara yang mencurigakan.
Petrofac sekian lama menjadi anak emas kepada Petronas namun insiden Petrofac terbukti bersalah di bawah SFO UK tetapi terus dilantik oleh Tengku Taufik sesuatu yang sangat mencurigakan. Dan ketika Petrofac terbukti mencuri dua paten Petronas tetap melindungi Petrofac. Petronas sanggup membayar kos mahkamah lebih RM1 bilion berbanding menyalahkan Petrofac.

Pertikaian PETRONAS–Kingtime kini memasuki fasa baharu apabila timbul persoalan mengenai sikap kepimpinan tertinggi PETRONAS dalam menghormati arahan dan pandangan kerajaan. Sebelum ini, surat-surat yang dihantar kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama minit arahan yang merujuk perkara tersebut kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik tidak ambil perhatian.
Inilah sikap Tengku Taufik selain gagal menyelesaikan beberapa pertikaian terdahulu serta keputusan PETRONAS- Kingtime kini dia kini menentang Kerajaan Negeri Sarawak dan PETROS.
Kerajaan Sarawak digesa terus mempertahankan hak negeri dalam pertikaian dengan Petronas selepas tindakan syarikat minyak nasional itu mencabar peranan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengagregat gas di Sarawak. Konflik ini bukan lagi sekadar pertikaian komersial, sebaliknya menyentuh persoalan kuasa negeri, hak mengurus sumber asli serta pelaksanaan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Lebih membimbangkan, beberapa pihak mempersoalkan pendirian dan tindakan kepimpinan Petronas sebelum ini susulan kewujudan komunikasi rasmi kerajaan yang didakwa tidak diberikan perhatian sewajarnya. Keadaan ini menimbulkan persepsi bahawa keputusan Petronas hari ini berpotensi dilihat sebagai berhadapan secara terbuka dengan kerajaan negeri Sarawak dan PETROS. Oleh itu, kerajaan Sarawak digesa kekal teguh mempertahankan bidang kuasa negeri melalui proses undang-undang dan rundingan agar kepentingan Sarawak dalam industri minyak dan gas tidak terhakis.

KERUGIAN SYARIKAT KERAJAAN
Rangkaian isu melibatkan FashionValet, eFishery dan pertikaian paten Petronas menunjukkan bahawa persoalan utama bukan sekadar nilai kerugian yang mencecah ratusan juta atau berbilion ringgit, tetapi juga keperluan memperkukuhkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap keputusan yang melibatkan dana serta aset strategik negara.
Hanya siasatan yang bebas, telus dan berasaskan bukti mampu menentukan sama ada kerugian-kerugian tersebut berpunca daripada risiko perniagaan biasa, kelemahan pengurusan atau sebarang salah laku yang memerlukan tindakan undang-undang.
SPRM dan LHDN jangan tidur. SPRM kini bukan di zaman Azam Baki melindungi kroni dan bersubahat dengan mafia korporat.
